Sunday, December 20, 2009

teRseBut Al-keSah...


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,

"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".

Samalah kita berfikir adakah kita tergolong dlm golongn di atas?? nauzubillah, moga allah sentiasa menjaga kita, dan kita sentiasa kuat bermujahadah melawan nafsu..

p/s: moral of da story, jomlah sama2 kita rajin solat di awal waktu dan rajin2 ke kuliah2 agama cam kelas tafaquh setiap khamis mlm jumaat yg dianjur oleh persatuan PERUBATAN (kalau di alex) atau kelas2 yg sama waktu dgnnya di mn shj, di malaysia, UK, jordon @ mesir sndiri..

k,have a nice day..senyum sokmo ^,^..assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment