Friday, November 25, 2011

Oh, kata hati~

Kata hati,
Sedih mengenangkannya..
Kata hati,
Resah menguasai jiwa..
Kata hati,
Kecewa merajai diri..
Kata hati,
Keluhan mengisi waktu..
Kata hati,
Oh! terkilan..

Kata hati,
Biarlah ia berlalu..
Kata hati,
Usah difikirkan lagi..
Kata hati,
Tinggallah ia sebagai sejarah pahit..
Kata hati,
hiasilah dengan kenangan2 lain..
Kata hati,
pujuklah, pujuklah lagi..
Kata hati,
redhalah, pasrahlah, terimalah..

Kata hati..~ KEHIDUPAN.. Kehidupan adalah pilihan.. Setiap kehidupan mesti punyai 2 pilihan.. Samada pilihan positif @ pilihan negatif.. Ini lah pilihan dalam kehidupan.. Semua pilihan yang ada bergantung pada diri sendiri. Positif yang dipilih, tenanglah kehidupan, berbahagialah hati.. Negatif menjadi pilihan, meranalah sendirian, meranalah kehidupan..

Usahlah diingati benda yang lepas.. Yang lepas biarlah berlalu.. sedih, pilu, kecewa, terkilan lepaslah sejauh mungkin.. Yang pasti yang akan datang bakal menanti.. Memang diakui hakikatnya, bukan mudah. Biarlah, yang pasti cabaran kehidupan tidak lain melainkan dapat mematangkan.. Itu yang pasti~

Dan yang pastinya, kehidupan tahun 1432 hijrah akan berlalu.. Dan tahun baru 1433 akan muncul.. Masing2 dgn azam baru masing2.. Yang pastinya, tahun baru ni mesti diisi dgn kehidupan yang lebih positif.. Ya allah, semoga rintihan ini didengari, bantulah hambamu.. amiin.. p/s: baca doa akhir tahun dan awal tahun ye~ ;)


~Hobi mengubat hati~

Tuesday, November 22, 2011

~Semangat Mesir... MABROUK!! ~

Alhamdulillah, berita terkini majlis tentera dah setuju tuk turunkan perdana menteri Mesir dan pilihanraya juga akan terus berlangsung tanpa tangguh. Tahniah pada semua misriyyin sbb x putus2 berusaha berkumpul, berarak semata-mata untuk melaungkan hak bersuara mereka..

Saya terfkir, semangat diorg ni mmg perlu kita ambik contoh.. Mereka tetap teruskan perjuangan mereka smpai pihak tentera terpaksa akur.. Perjuangan mcm ni kita perlukan masa kini.. betulkan..?? semangat org muda serta keprihatinan golongan tua blh jadi satu anjakan untuk kebaikan.. Kebaikan dimana sinar2 islam semakin menampakkan cahayanya.. Doakan pilihanraya mesir ni berjalan lancar, dan pihak Islam berjaya naik menjadi tampuk kepimpinan.. Dan insyaallah jika ini berlaku, cahaya Palestin pula akan menyusul.. Tidak mustahil kan..?

Ikut sejarah, perancangan untuk Salahuddin ayub untuk memasuki Palestin adalah bermula dengan kebebasan Syria dan mesir.(betulkan kalau salah) Makna katanya adalah, selain drpd kekuatan pemuda serta strategi2 yang mantap, kebebasan syria dan mesir adalah salah satu tunjang utama dalam pembebasan Palestin. Jika dikaitkan dgn sekarang, i.allah jika ditakdirkan Allah, dan dengan pertolonganNYA, mesir beralih kepada tampuk kepimpinan Islam, secara tidak langsung, sinar Palestin juga terpancar sedikit.

Syria pula dalam keadaan genting juga sekarang. Dalam proses menegakkan hak mereka, kita selaku saudara seislam selalulah berdoa moga2 pihak yg HAK akan menang. Jihad kita adalah berdoa unutk mereka.. Dan juga moga2 dgn bersatunya doa2 dari setiap umat islam, akan terbebas dua negara ni(syria dan mesir) sekaligus membawa sinar harapan baru untuk Palestin. Dan pastinya pihak Israel makin panas punggung, :D.. Insyaallah, insyaallah..~

Sekali lagi, INSYAALLAH, dengan izin Allah, moga2 ape yg kita harapkan, rakyat2 mesir, syria dan saudara2 kita harapkan akan menjadi kenyataan.. Bukan dengan mengharap kosong tanpa usaha, tapi dengan senjata kita iaitu DOA..~ Semoga yg HAK akan naik dan BATIL akan jatuh... Hurmm, negara msia mcm mana ek..? harapnya cenggini jgk lah ^^..~ :D [ayat berbelit2, pening2 lalat sudaa.. :D]




Doa Qunut Nazilah.. boleh amalkan untuk doa harian, insyaallah~

Tuesday, November 1, 2011

~sEk@daR Lu@haN r@sA H@ti..~

Sekadar luahan rasa hati,
Hati ini tidak mampu rasanya,
Tidak mampu terus menanggung,
Bukan tidak bersyukur,
Bukan juga kufur nikmat yang diberi,
Namun sekadar luahan rasa hati.

Sekadar luahan rasa hati,
Hati ini terasa tidak mampu,
Biarlah ia pergi bagai angin bayu,
Namun, bukan senang memujuk hati ini,
Hati yang telah dirobek, hancur, berkecai, punah.

Sekadar luahan rasa hati,
Bertekad dan berjanji tidak kan bersua lagi,
Berjanji tidak kan meneruskannya lagi,
Bertahanlah dengan sisa baki yang ada,
Bertahanlah,
Bertahanlah sehabis mampu.

Sekadar luahan rasa hati,
Jika ini adalah takdir,
Terus cuba menerimanya,
Namun keperitannya bagai gunung yang menghempap,
Ya, tahap keredhaan masih lemah,
Allah ingin mengajar,
Ku belajar menerimanya ya ALLAH,
Ku belajar menerimanya,
Menerima dalam linangan air mata.

Wednesday, March 9, 2011

Anak2 Kelantan Mesir khususnya,@ sewaktu dengannya..~

Dari Mesir - Jeddah - Malaysia.. Banyak pengalaman, dr rusuhan, ke pngalaman di 'evacuate' kan sehingga lah sampai di msia... Alhamdulillah nak dekat sebulan di Msia... Lpas byk 'itu ini' dalam proses evakuasi dulu, skrg timbul lagi 'itu ini' pasal nk balik ke Mesir balik... Byk urusan perlu buat, urusan visa, pasport etc.. Dlm masa ni jgk, ramai pihak2 tertentu yg kelam kelibut tuk settlekan hal2 visa dan pasport student, urusan tiket especially grup2 ajk2 GETIR @ grup2 ALUMNI Kpkm @ kerajaan kelantan, pihak YAKIN, al-Quds. Mungkin ramai lgi yg terlibat, maaf klo x disebut..

Anak2 kelantan khususnya @ umumnya semua anak negeri lain.. Mereka dah byk berusaha, bertungkus lumus, sengkang mata, tuk settle kan urusan tiket kita.. Mungkin ada yg x cukup tidur. Cuba kita fikirkan sahabat2, anak2 klantan mesir seribu lebih, klo negeri lain, cth wilayah KL pon, plg ramai dlm 500 lebih.. Bestnya kita blh senang lenang di rumah, tp mereka tgh peluh2 kerana kita.. Mungkin ada yg cakap :

SITUASI A: " Alaa, dah mmg tu tugas KPKM, diorang kan badan kebajikan, mmg tugas diorang memberi kebajikan tuk kita "

(SITUASI B) Cuba kita tukar situasi ni pada ibu bapa : " Alaa, dah mmg tu tugas mak ayah, memang tugas mak ayah jaga kebajikan tuk anak2 " ..

Patut kah kita bgi alasan mcm ni pd mak ayah kita?? Tak patutkan?? Pada hemat sy, x patut sama sekali.. Begitu juga dalam situasi A.. Tak patut tuk kita mmberi alasan spt situasi A..

Oleh itu, sahabat2.. Pandangan sy, kita patut mmbalas jasa mereka.. Mereka mungkin x perlu org berterima kasih, tp kita selaku org yg terlibat, perlu mmberi penghargaan.. Dan sy rasa, salah satu penghargaan yg patut kita bagi ialah support mereka... Melalui apa ya?? mungkin melalui prgram2 yg dianjurkan KPKM di Mesir nnt, kita join(sy pasti pihak mereka juga sgt2 mengharap).. Lpas ni mungkin KPKM pula yg minta tolong, kita sama2 hulurkan bantuan x kira dr sudut menjadi ajk, atau diminta buat artikel kesihatan(klo student medic) @ artikel hukum2(klo student pngajian islam) @ hatta dari sudut kewangan sekali pun.. Kita pasti BOLEH kan!!...

" Siapalah kita tanpa ibu ayah.. Dan siapalah kita tanpa KPKM(sebuah badan kebajikan di sana) " ~~ Renung2kan dan selamat beramal (tuk diri sndiri juga) ~~