Wednesday, June 6, 2012

Bidadari syurga~ siapa tak nak...?!

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya." [Al-Waqiah : 35-37]

Bidadari syurga.. semua wanita pasti terdetik ingin menjadi bidadari.. Bidadari dunia juga syurga, bidadari sebagai pelengkap.. Tapi.. bagaimana caranya?

--> :: Jadilah wanita solehah ::..

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."

Tersenyum, doa, istighfar, solat... Nampak bukan? kuncinya tunduk pada Allah.. Lazimilah sabar kerana susah itu adalah tarbiah diri untuk menuju peringkat seterusnya.

Al-khawarizmi :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".
'0' bererti tiada makna.. Menjadi wanita solehah, penting bukan?

Wanita dunia lebih baik dr bidadari? Sebagaimana hadis nabi saw :

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?"Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]

Satu lagi bukti.. Tunduklah pada allah.. Wahai wanita, jadilah bidadari dunia , pelengkap pada kehidupan. Semoga dreams tuk menjadi bidadari syurga tercapai, bukan semata-mata khayalan. Segala-galanya bermula pada wanita solehah.. Tunduklah pada allah, yakini dan istiqamahlah.. :)



Friday, November 25, 2011

Oh, kata hati~

Kata hati,
Sedih mengenangkannya..
Kata hati,
Resah menguasai jiwa..
Kata hati,
Kecewa merajai diri..
Kata hati,
Keluhan mengisi waktu..
Kata hati,
Oh! terkilan..

Kata hati,
Biarlah ia berlalu..
Kata hati,
Usah difikirkan lagi..
Kata hati,
Tinggallah ia sebagai sejarah pahit..
Kata hati,
hiasilah dengan kenangan2 lain..
Kata hati,
pujuklah, pujuklah lagi..
Kata hati,
redhalah, pasrahlah, terimalah..

Kata hati..~ KEHIDUPAN.. Kehidupan adalah pilihan.. Setiap kehidupan mesti punyai 2 pilihan.. Samada pilihan positif @ pilihan negatif.. Ini lah pilihan dalam kehidupan.. Semua pilihan yang ada bergantung pada diri sendiri. Positif yang dipilih, tenanglah kehidupan, berbahagialah hati.. Negatif menjadi pilihan, meranalah sendirian, meranalah kehidupan..

Usahlah diingati benda yang lepas.. Yang lepas biarlah berlalu.. sedih, pilu, kecewa, terkilan lepaslah sejauh mungkin.. Yang pasti yang akan datang bakal menanti.. Memang diakui hakikatnya, bukan mudah. Biarlah, yang pasti cabaran kehidupan tidak lain melainkan dapat mematangkan.. Itu yang pasti~

Dan yang pastinya, kehidupan tahun 1432 hijrah akan berlalu.. Dan tahun baru 1433 akan muncul.. Masing2 dgn azam baru masing2.. Yang pastinya, tahun baru ni mesti diisi dgn kehidupan yang lebih positif.. Ya allah, semoga rintihan ini didengari, bantulah hambamu.. amiin.. p/s: baca doa akhir tahun dan awal tahun ye~ ;)


~Hobi mengubat hati~

Tuesday, November 22, 2011

~Semangat Mesir... MABROUK!! ~

Alhamdulillah, berita terkini majlis tentera dah setuju tuk turunkan perdana menteri Mesir dan pilihanraya juga akan terus berlangsung tanpa tangguh. Tahniah pada semua misriyyin sbb x putus2 berusaha berkumpul, berarak semata-mata untuk melaungkan hak bersuara mereka..

Saya terfkir, semangat diorg ni mmg perlu kita ambik contoh.. Mereka tetap teruskan perjuangan mereka smpai pihak tentera terpaksa akur.. Perjuangan mcm ni kita perlukan masa kini.. betulkan..?? semangat org muda serta keprihatinan golongan tua blh jadi satu anjakan untuk kebaikan.. Kebaikan dimana sinar2 islam semakin menampakkan cahayanya.. Doakan pilihanraya mesir ni berjalan lancar, dan pihak Islam berjaya naik menjadi tampuk kepimpinan.. Dan insyaallah jika ini berlaku, cahaya Palestin pula akan menyusul.. Tidak mustahil kan..?

Ikut sejarah, perancangan untuk Salahuddin ayub untuk memasuki Palestin adalah bermula dengan kebebasan Syria dan mesir.(betulkan kalau salah) Makna katanya adalah, selain drpd kekuatan pemuda serta strategi2 yang mantap, kebebasan syria dan mesir adalah salah satu tunjang utama dalam pembebasan Palestin. Jika dikaitkan dgn sekarang, i.allah jika ditakdirkan Allah, dan dengan pertolonganNYA, mesir beralih kepada tampuk kepimpinan Islam, secara tidak langsung, sinar Palestin juga terpancar sedikit.

Syria pula dalam keadaan genting juga sekarang. Dalam proses menegakkan hak mereka, kita selaku saudara seislam selalulah berdoa moga2 pihak yg HAK akan menang. Jihad kita adalah berdoa unutk mereka.. Dan juga moga2 dgn bersatunya doa2 dari setiap umat islam, akan terbebas dua negara ni(syria dan mesir) sekaligus membawa sinar harapan baru untuk Palestin. Dan pastinya pihak Israel makin panas punggung, :D.. Insyaallah, insyaallah..~

Sekali lagi, INSYAALLAH, dengan izin Allah, moga2 ape yg kita harapkan, rakyat2 mesir, syria dan saudara2 kita harapkan akan menjadi kenyataan.. Bukan dengan mengharap kosong tanpa usaha, tapi dengan senjata kita iaitu DOA..~ Semoga yg HAK akan naik dan BATIL akan jatuh... Hurmm, negara msia mcm mana ek..? harapnya cenggini jgk lah ^^..~ :D [ayat berbelit2, pening2 lalat sudaa.. :D]




Doa Qunut Nazilah.. boleh amalkan untuk doa harian, insyaallah~

Tuesday, November 1, 2011

~sEk@daR Lu@haN r@sA H@ti..~

Sekadar luahan rasa hati,
Hati ini tidak mampu rasanya,
Tidak mampu terus menanggung,
Bukan tidak bersyukur,
Bukan juga kufur nikmat yang diberi,
Namun sekadar luahan rasa hati.

Sekadar luahan rasa hati,
Hati ini terasa tidak mampu,
Biarlah ia pergi bagai angin bayu,
Namun, bukan senang memujuk hati ini,
Hati yang telah dirobek, hancur, berkecai, punah.

Sekadar luahan rasa hati,
Bertekad dan berjanji tidak kan bersua lagi,
Berjanji tidak kan meneruskannya lagi,
Bertahanlah dengan sisa baki yang ada,
Bertahanlah,
Bertahanlah sehabis mampu.

Sekadar luahan rasa hati,
Jika ini adalah takdir,
Terus cuba menerimanya,
Namun keperitannya bagai gunung yang menghempap,
Ya, tahap keredhaan masih lemah,
Allah ingin mengajar,
Ku belajar menerimanya ya ALLAH,
Ku belajar menerimanya,
Menerima dalam linangan air mata.

Wednesday, March 9, 2011

Anak2 Kelantan Mesir khususnya,@ sewaktu dengannya..~

Dari Mesir - Jeddah - Malaysia.. Banyak pengalaman, dr rusuhan, ke pngalaman di 'evacuate' kan sehingga lah sampai di msia... Alhamdulillah nak dekat sebulan di Msia... Lpas byk 'itu ini' dalam proses evakuasi dulu, skrg timbul lagi 'itu ini' pasal nk balik ke Mesir balik... Byk urusan perlu buat, urusan visa, pasport etc.. Dlm masa ni jgk, ramai pihak2 tertentu yg kelam kelibut tuk settlekan hal2 visa dan pasport student, urusan tiket especially grup2 ajk2 GETIR @ grup2 ALUMNI Kpkm @ kerajaan kelantan, pihak YAKIN, al-Quds. Mungkin ramai lgi yg terlibat, maaf klo x disebut..

Anak2 kelantan khususnya @ umumnya semua anak negeri lain.. Mereka dah byk berusaha, bertungkus lumus, sengkang mata, tuk settle kan urusan tiket kita.. Mungkin ada yg x cukup tidur. Cuba kita fikirkan sahabat2, anak2 klantan mesir seribu lebih, klo negeri lain, cth wilayah KL pon, plg ramai dlm 500 lebih.. Bestnya kita blh senang lenang di rumah, tp mereka tgh peluh2 kerana kita.. Mungkin ada yg cakap :

SITUASI A: " Alaa, dah mmg tu tugas KPKM, diorang kan badan kebajikan, mmg tugas diorang memberi kebajikan tuk kita "

(SITUASI B) Cuba kita tukar situasi ni pada ibu bapa : " Alaa, dah mmg tu tugas mak ayah, memang tugas mak ayah jaga kebajikan tuk anak2 " ..

Patut kah kita bgi alasan mcm ni pd mak ayah kita?? Tak patutkan?? Pada hemat sy, x patut sama sekali.. Begitu juga dalam situasi A.. Tak patut tuk kita mmberi alasan spt situasi A..

Oleh itu, sahabat2.. Pandangan sy, kita patut mmbalas jasa mereka.. Mereka mungkin x perlu org berterima kasih, tp kita selaku org yg terlibat, perlu mmberi penghargaan.. Dan sy rasa, salah satu penghargaan yg patut kita bagi ialah support mereka... Melalui apa ya?? mungkin melalui prgram2 yg dianjurkan KPKM di Mesir nnt, kita join(sy pasti pihak mereka juga sgt2 mengharap).. Lpas ni mungkin KPKM pula yg minta tolong, kita sama2 hulurkan bantuan x kira dr sudut menjadi ajk, atau diminta buat artikel kesihatan(klo student medic) @ artikel hukum2(klo student pngajian islam) @ hatta dari sudut kewangan sekali pun.. Kita pasti BOLEH kan!!...

" Siapalah kita tanpa ibu ayah.. Dan siapalah kita tanpa KPKM(sebuah badan kebajikan di sana) " ~~ Renung2kan dan selamat beramal (tuk diri sndiri juga) ~~





Friday, July 16, 2010

... layanzzz...

Assalamualaikum, moga pd hr jmaat ni kita sama2 lebih perhambakan diri kpd ALLAH swt, murnikan hati kita menuju redha NYA.peace.. Sebenarnya, tidak ada apa yg nk dikongsikan hr ni, sekadar mencari2 lagu tuk hiburkan hati skjap lpas ketepuan mengadap buku..sengihnampakgigi... Moga slpas jadikan Al-quran teman utama, zikir sbg penenang jiwa, lagu ni boley cetuskan kembali smangat yg mungkin turun naik tiap detik... cewah~celebrate

siulsiulsiul
Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti


Kita sama punya cita
Yang menunggu d
ihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap RahmatNya

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan

Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
gemilangkan pasti digenggaman

Jangan lupa memohon padanya
Tawakal berdoa sentiasa
Dialah penentu segala
Apa dikurnia ada hikmahnya

Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabarkan terus melangkah
Berbekal keimanan didada
dan usaha pasti akan berjaya... Berjaya
~jejak cita.. devotees~
encem


Okep, moga success dunia akhirat... Assalamualaikum...babai

Wednesday, July 14, 2010

speechless~

Assalamualaikum... ya allahu rabbi, alhamdlillah ALLAH bg kesempatan lg tuk terus hidup.. tuk kita smua, moga hr ni lbh baik dr smlm... Insyaallah... xtahu nk ckp apa daaaa... xde idea..blur.. okep

Dalam masa berbaki sejam lg ni, cam yg sy dh janjikan, sy rasa nk smbung sket perkongsian sy pasal beberapa ayat kalam allah dalam surah al-'alaq.. sy petik dlm ayat 3-8... oopst, pnjg ke??gigitjari xde lah, pendek2 je ayat2 nya.. yg bermaksud 3 *bacalah, dan rabb mu lah Yang Maha Pemurah*.. 4 * yg mengajar manusia dgn kalam.. 5 *Dia yg mengajar mnusia apa yg tidak diketahuinya.. 6 * Ketahuilah, sesungguhnya mnusia benar2 mlampaui batas*.. 7 * kerana dia melihat dirinya serba cukup*.. 8 * sesngguhnya kpd rabb mu lah tempat kembalimu*...senyum

Sy tertarik dgn ayat ke 6, Allah dh gtau siap2 tntg mnusia... selepas Allah mengajar mnusia, setelah mereka pndai, mereka melihat diri mereka serba cukup, mulalah melampaui batas... mulalah berlagak sombong, meninggi diri sehinggakan merendah2 kan org lain... Org tua peminta sedekah pon dikatakan penipu dan sebagainya... Hubungan dgn Allah pon semakin tidak diendahkan.. Namun, dont worrypeace.. Bg sesiapa yg pernah tersasar sedikit dr jalan sebenar, ingatlah!! mungkin ni juga ujian dr Allah.. Allah jgk dah gtau guideline nya dlm ayat 8 diatas * kpd rabb mu lah tempat kembali*.. Kembali lah kepada Allah, kukuhkan hubungan bersama pencipta kita... Pohonlah keampunan, i/allah pintu keampunannya terbuka luas tuk para hambanya.. Moga disana terletak rahmat kasih syg DIA.. Jgn mudah putus harapan, bukalah lembaran baru dgn harapan barusenyum... Allah Maha Pengampun, Penyayang, dan Pemberi rahmat..celebrate


Okep, takat ni dulu kot, kalo ada apa2 salah dlm huraian sy ni, gtau yep.. maaf jg yer, mungkin ayat kali ni cam sket boring, speechless...sengihnampakgigi... Bg yg tgh exam, 1 paper jer lagi, sabar noe.. buat yg terbaik tuk last paper ni k... miss u guyspeluk.... Bg yg nk stat paper, isk2.. all da best(wt diri sndiri jgk)... doamoga Allah bg kekuatan dalaman, mental dan fizikal yg kuat tuk face cabaran baru nih...tumbuk... orait, Assalamualaikum...

p/s: tq wt 'teman tp mesra' sy yg sudi bg link tuk tmbh emoticon dlm blog.. menariik..hehelovelove