Sunday, January 10, 2010

...Soalnya dot dot dot...

Soalnya Siapa Kamu

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi berkat. Banyak makam sahabat dan orang soleh di sana” kata seorang kenalan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Mesti best, Turki tu cantik. Pemandangannya indah tak terkata” komen seorang kenalan lagi.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Bagus tu, Turki ni banyak peluang perniagaan. Boleh pertimbangkan bisnes kain lace, barang kulit, tudung sutera dan kristal” aju seorang lagi kawan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Hehe… Turki tu perempuan dia lawa-lawa ustaz. Lembut pula tu, tak macam Arab” usik seorang lagi kawan.

Kegatalan.

Subjeknya sama, iaitu Turki.

Tetapi ulasan semua berbeza-beza. Dan pasti sahaja apabila setiap mereka tiba di Istanbul, tempat yang dituju adalah mengikut ulasan-ulasan itu tadi. Seorang ke Eyup menziarahi makam Abu Ayyub al-Ansari. Seorang lagi ke Eminonu mencari feri untuk meneroka Selat Bosphorus. Seorang lagi, akan ke Grand Bazar melihat barangan terkini dan harga semasa untuk dihitung dengan kalkulator di tangannya.

Lelaki yang keempat saya tidak pasti dia akan ke mana. Mungkin ke Taksim atau lorong-lorong gelap di Galata, khabarnya.

SIFIR HIDUP

Itulah yang dikatakan, siapa kamu menentukan cara kamu melihat.

Kesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat.

Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala.

Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.

KE SUNGAI

Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.

Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.

Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”

Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”

Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.

Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.

Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.

Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

UNIVERSITI

Sama juga dengan universiti.

Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.

Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.

Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.

Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

FACEBOOK

Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?

Kamu girlfriend?

Kamu bos?

Kamu pakar?

Kamu sampah?

Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.

Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

p/s: diciplak sepenuhnya dr www.saifulislam.com

selamat membaca...have a nice day..dun worry be happy^,^

...tumpang lalu^,^...

Mentari Hidup

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali



p/s: saje nk kongsi lagu neiyh...from haikal..http://liriknasyid.com..lama dh x update blog, exam makin dekat, keje makin bertimbun2..huish, tkot..doakan kami ya...

k, have a nice day..dun worry be happy^,^

Sunday, January 3, 2010

~siapa lah aku~

siapa lah aku...seorng manusia yang serba kekurangan..ya, pasti org kata setiap org msti ada kebaikan dan kelemahan masing-masing...hr ni 3/1/10, (aku lupa, xwish lg tahun baru,selamat tahun baru ya..)...

aku kini yang pastinya berbeza dgn aku 21 thn yg lalu... dan sudah tentu berbeza dgn 10 thn, 8 thn yg lalu... kalau dulu, 21 tahun yg lalu, aku masih kemerahan, menangis dlm pelukan umi... kalau aku 8 thn dulu, ofkos thn pertama jejak kaki ke sekolah menengah, dgn pelbagai mcm ragam perangai, yg mana mungkin buruk di mata orang... dan aku skang pula, 2010 ni, alhamdulillah sudah 3 thn bergelar medical student in alexandria,egypt.. ya, ofkos, dgn pelbagai kerenah,ragam perangai dan sikap, aku trus idup smpai skang.. cuma ingin aku katakan pastinya aku dahulu bkn lg seperti aku sekarang.. mungkin ada yang telah berubah sedikit sebanyak... dan mungkin juga ada yg tidak boleh diubah @ agak sukar untuk berubah...

siapa lah aku... aku pd thn baru ni masih meneruskan idup sbg student bersama komitmen2 yg lain @ dgn kata lain aktiviti sosial...yang pastinya, aku juga sebagai salah seorang ahli perubatan, yg pastinya insyaallah akan turun mengundi dan sudah tentu juga insyaallah akan join jgk MTC(mesyuarat tahunan cawangan)..ya,get da point..he3...jom kita sama2 meriahkan MTC kali ke 3 ni...yang pasti nya boleh menggegarkan dgn pelbagai usul baru...antaranya ofkos pasal teratak iskandar @ dgn kata lain, rumah kita...rupa2nya slamanya kita merempat xde rumah..huuhu... tekan sini, teratak iskandar..

siapa lah aku...hemm, ofkos dgn thn yang baru, aku sbgai salah seorng ahli perubatan jgk, terasa nak melihat naik nya muka2 baru... oleh sebab itu, aku dgn tekadnya thn ini telah memilih dot dot dot tuk naik sbgai pengerusi dan timb pengerusi...ofkos, mereka adalah muka2 baru... nk tahu antara muka2 baru yg tercalon thn ni?? tekan sini ya... tu si bunga,kalau nk tahu yg sorang lagi, tekan sini ya..

Rasanya stakat ni dulu post kali ni.. jumpa lain kali ya, slmat mmbaca... have a nice day^,^