Tuesday, November 22, 2011

~Semangat Mesir... MABROUK!! ~

Alhamdulillah, berita terkini majlis tentera dah setuju tuk turunkan perdana menteri Mesir dan pilihanraya juga akan terus berlangsung tanpa tangguh. Tahniah pada semua misriyyin sbb x putus2 berusaha berkumpul, berarak semata-mata untuk melaungkan hak bersuara mereka..

Saya terfkir, semangat diorg ni mmg perlu kita ambik contoh.. Mereka tetap teruskan perjuangan mereka smpai pihak tentera terpaksa akur.. Perjuangan mcm ni kita perlukan masa kini.. betulkan..?? semangat org muda serta keprihatinan golongan tua blh jadi satu anjakan untuk kebaikan.. Kebaikan dimana sinar2 islam semakin menampakkan cahayanya.. Doakan pilihanraya mesir ni berjalan lancar, dan pihak Islam berjaya naik menjadi tampuk kepimpinan.. Dan insyaallah jika ini berlaku, cahaya Palestin pula akan menyusul.. Tidak mustahil kan..?

Ikut sejarah, perancangan untuk Salahuddin ayub untuk memasuki Palestin adalah bermula dengan kebebasan Syria dan mesir.(betulkan kalau salah) Makna katanya adalah, selain drpd kekuatan pemuda serta strategi2 yang mantap, kebebasan syria dan mesir adalah salah satu tunjang utama dalam pembebasan Palestin. Jika dikaitkan dgn sekarang, i.allah jika ditakdirkan Allah, dan dengan pertolonganNYA, mesir beralih kepada tampuk kepimpinan Islam, secara tidak langsung, sinar Palestin juga terpancar sedikit.

Syria pula dalam keadaan genting juga sekarang. Dalam proses menegakkan hak mereka, kita selaku saudara seislam selalulah berdoa moga2 pihak yg HAK akan menang. Jihad kita adalah berdoa unutk mereka.. Dan juga moga2 dgn bersatunya doa2 dari setiap umat islam, akan terbebas dua negara ni(syria dan mesir) sekaligus membawa sinar harapan baru untuk Palestin. Dan pastinya pihak Israel makin panas punggung, :D.. Insyaallah, insyaallah..~

Sekali lagi, INSYAALLAH, dengan izin Allah, moga2 ape yg kita harapkan, rakyat2 mesir, syria dan saudara2 kita harapkan akan menjadi kenyataan.. Bukan dengan mengharap kosong tanpa usaha, tapi dengan senjata kita iaitu DOA..~ Semoga yg HAK akan naik dan BATIL akan jatuh... Hurmm, negara msia mcm mana ek..? harapnya cenggini jgk lah ^^..~ :D [ayat berbelit2, pening2 lalat sudaa.. :D]




Doa Qunut Nazilah.. boleh amalkan untuk doa harian, insyaallah~

No comments:

Post a Comment