Wednesday, June 6, 2012

Bidadari syurga~ siapa tak nak...?!

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya." [Al-Waqiah : 35-37]

Bidadari syurga.. semua wanita pasti terdetik ingin menjadi bidadari.. Bidadari dunia juga syurga, bidadari sebagai pelengkap.. Tapi.. bagaimana caranya?

--> :: Jadilah wanita solehah ::..

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."

Tersenyum, doa, istighfar, solat... Nampak bukan? kuncinya tunduk pada Allah.. Lazimilah sabar kerana susah itu adalah tarbiah diri untuk menuju peringkat seterusnya.

Al-khawarizmi :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".
'0' bererti tiada makna.. Menjadi wanita solehah, penting bukan?

Wanita dunia lebih baik dr bidadari? Sebagaimana hadis nabi saw :

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?"Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]

Satu lagi bukti.. Tunduklah pada allah.. Wahai wanita, jadilah bidadari dunia , pelengkap pada kehidupan. Semoga dreams tuk menjadi bidadari syurga tercapai, bukan semata-mata khayalan. Segala-galanya bermula pada wanita solehah.. Tunduklah pada allah, yakini dan istiqamahlah.. :)



1 comment:

  1. Wanita solehah ibarat angin yang berlalu. Datangnya ia mendamaikan, perginya ia memberi kesan. ^^

    ReplyDelete