Ingatkan saya andai saya lupa, perbetulkan saya andai saya silap. Teguhkanlah saya andai saya lemah, pimpinlah saya andai saya terjatuh Terangilah saya andai saya kegelapan, tunjukilah saya andai saya kesesatan. Ayuh! Berjalanlah bersama-sama saya, jangan di belakang atau di hadapan. Saya tak mungkin selamanya mengekori dan tak mungkin selamanya memimpin. Kerana saya insan yang lemah, yang tidak mungkin mampu berdiri seorang diri.